MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) melahirkan rasa kecewa dan kesal susulan tindakan kerajaan menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sepatutnya dijalankan.
Melalui satu kenyataan dikeluarkan semalam, Majlis itu menggesa kerajaan segera melaksanakan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mereka turut menegaskan bahawa ia tidak boleh dilewatkan lagi memandangkan proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara kerajaan dan Pakatan Harapan.
“Kami difahamkan berdasarkan laporan media bahawa Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Okt, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Okt seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) dan Madius Tangau (UPKO).
Kata mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah kesinambungan usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Anwar Ibrahim pada 2008.
“Selain pendirian veteran DAP, Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’,” kata mereka lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan penangguhan itu dengan berkata bacaan kali kedua RUU itu akan dijadualkan semula ke tarikh lain daripada rancangan awal pada 28 Okt.
Jelasnya ia bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet mengenai perkara itu.
Melalui satu kenyataan dikeluarkan semalam, Majlis itu menggesa kerajaan segera melaksanakan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mereka turut menegaskan bahawa ia tidak boleh dilewatkan lagi memandangkan proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara kerajaan dan Pakatan Harapan.
“Kami difahamkan berdasarkan laporan media bahawa Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Okt, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Okt seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) dan Madius Tangau (UPKO).
Kata mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah kesinambungan usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Anwar Ibrahim pada 2008.
“Selain pendirian veteran DAP, Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’,” kata mereka lagi.
HARAPAN mahu isu MA63 selesai segera |

0 Comments