Abang penyanyi Naqiu meninggal dunia


ABANG sulung kepada penyanyi Naqiu, Huzaini Hussein dilapor meninggal dunia jam 8.30 malam semalam di Hospital Sungai Buloh.

Naqiu ketika dihubungi berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Dia selalu merantau atas urusan kerja, kami jarang dapat berjumpa.

“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.

“Insya-Allah saya akan pulang esok dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanyaseperti dilapor Harian Metro.

Difahamkan, Huzaini merupakan individu yang membawa Naqui masuk ke dalam industri seni tanah air, seperti diceritakan Naqui dalam slot gegar vaganza sebelum ini.

“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.

“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya.

“Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya juara bersama program rialiti televisyen itu lagi