EMPAT penjenayah dipercayai penyamun ditembak mati di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Cyberjaya siang tadi.
Bersenjatakan pistol dan parang, mereka dipercayai memecah masuk sebuah kediaman di Taman Segar Perdana, sebelum melarikan wang tunai, barang berharga dan sebuah kereta jenis Mercedes hitam, sekitar jam 6 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata polis pada mulanya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang juga merupakan mangsa samun pada jam 7.33 pagi.
Susulan itu, pihak polis menjalakan risikan sebelum menemui kereta milik mangsa di tingkat bawah, kawasan letak kereta, Kondominium Residen Skypark sekitar jam 9.30 pagi.
Difahamkan, ketika pasukan polis kemudian memperkenalkan diri dan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kereta Mercedes milik mangsa, seorang lelaki secara tiba-tiba keluar dari dalam sebuah kereta jenis Volkswagen Passat, yang diletakkan berhampiran dan menyerang anggota polis dengan parang.
Dalam masa yang sama beberapa das tembakan telah dilepaskan oleh suspek yang berada di dalam kereta Mercedez ke arah polis.
Ekoran itu, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek terbabit bagi menyelamatkan diri, mengakibatkan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pihak polis juga turut menemui barang yang disamun dari rumah di Taman Segar Perdana dalam kereta Mercedes berkenaan.
Bersenjatakan pistol dan parang, mereka dipercayai memecah masuk sebuah kediaman di Taman Segar Perdana, sebelum melarikan wang tunai, barang berharga dan sebuah kereta jenis Mercedes hitam, sekitar jam 6 pagi tadi.
![]() |
Kenderaan polis keluar dari tempat kejadian |