Okinawa masih kucar kacir dilanda Tapah



TAUFAN kuat yang membadai pulau Okinawa, di selatan Jepun mengakibatkan hampir 15,000 rumah terputus bekalan elektrik .

Media antarabangsa, AFP melaporkan taufan Tapah dengan kelajuan angin mencecah 180 kilometer sejam (km/j) serta hujan lebat itu turut menjejaskan sistem pengangkutan awam dengan kira-kira puluhan penerbangan dibatalkan.

Biro cuaca negara itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat, banjir dan ombak besar manakala kerajaan wilayah Okinawa menasihatkan 334,000 penduduknya untuk berpindah.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 18 orang cedera.

Keadaan Okinawa selepas taufan
Syarikat utiliti tempatan, Okinawa Electric pada petang semalam berkata sejumlah 9,200 isi rumah masih terputus bekalan elektrik.

Tapah muncul selepas Taufan Faxai membadai dan mengkucar kacirkan Tokyo awal bulan ini sehingga menjejaskan persiapan Piala Dunia Ragbi.

Kejadian itu mengakibatkan puluhan ribu penduduk di pinggir Tokyo terputus bekalan elektrik selama lebih seminggu. 

Post a Comment

0 Comments