PM Anwar mahu kaedah baharu diadaptasi atasi kelewatan projek

 

TRANSFORMASI perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu telah disentuh pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikannya semalam.

"Perlunya ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu-isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.
 
"Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat kerajaan," katanya.

Melalui hantaran sama Anwar memaklumkan, mesyuarat antara lain meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan nilai terbaik kepada kerajaan.

Post a Comment

0 Comments