PIHAK Polis terpaksa menembak mati seorang lelaki dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek yang juga pekerja di kilang tersebut cuba menyerang polis dengan menggunakan dua bilah parang dan pisau.
Sebelumnya, lelaki berkenaan bertindak menetak menetak sehingga mati seorang penyelia wanita berusia 47 tahun.
Bukan setakat itu, seorang pengarah keselamatan di kilang tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 53 tahun turut ditetak sehingga cedera.
![]() |
Mayat suspek | Sumber - Facebook |
Pasukan polis cuba menenangkan suspek, namun lelaki itu bertindak agresif. Anggota polis yang terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, mangsa wanita yang merupakan penyelia kualiti di kilang itu meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala pengarah keselamatan yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.
Difahamkan, siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan murung sejak beberapa bulan lalu. Dia
datang bekerja seperti biasa pada hari kejadian tanpa sebarang rasa curiga oleh mana-mana kakitangan kilang.
"Kita difahamkan suspek sudah menyerahkan surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa hujung bulan ini dan kita sedang mengenal pasti motif kejadian ini.
"Bagaimanapun, kita masih menyiasat bagaimana suspek membawa masuk dua bilah parang dan sebilah pisau ke dalam kilang tersebut," katanya kepada media.
0 Comments