Natizen kritik Najib ulas kes 1MDB luar mahkamah


BEKAS
perdana menteri, Najib Razak yang kini dikaitkan dengan tuduhan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad cuba mempertahankan dirinya melalui laman Facebook.

Ia berhubung kenyataan seorang saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang sebelum ini mendedahkan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin murka kerana satu urusniaga dikendali 1MDB yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Tindakan Najib undang kecaman warganet
Najib, dalam siaran Facebook mendakwa kemurkaan Sultan Mizan itu tidak ditujukan kepadanya seperti yang cuba digambarkan media.

"Seperti apa yang peguam saya kata hari itu, sultan bukan murka dengan saya tetapi murka dengan pinjaman itu (Nota Jangka Sederhana Islam - IMTN)," katanya menjawab Shahrol Azral yang juga bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB.

Bagaimanapun, tindakan Najib itu mendapat kritikan ramai.

Difahamkan, Ucapan-ucapan yang boleh mempengaruhi kes di mahkamah tidak sepatutnya dibuat oleh mana-mana orang kena tuduh kerana tindakan sedemikian bermaksud telah menganggu proses keadilan di mahkamah

Ahmad Nordin mempersoalkan tindakan Najib
Seorang warganet dalam ruangan komen mempersoalkan mengapa Najib mengulas kes terhadapnya secara terbuka di laman sosial.

Apa jenis perbicaraan ini yer. Ada kah Orang Kena Tuduh (OKT) dan penguambelanya boleh "membuat penjelasan" di luar mahkamah sedangkan kes nya belum lagi selesai dibicarakan?

Seorang lagi warganet, Shahrulzaman Shafie beranggapan bahawa tindakan Najib itu seoalh-olah telah membuktikan ketidakupayaan peguam yang mewakilinya.

Najib seolah-olah hilang keyakinan pada peguam
Najib tidak perlu menafi apa jua kes-nya yang sedang berlangsong dimakamah.

"Apa juga keterangan mahu pun penafiannya hanya boleh disuarakan didalam makamah bukan didalam media sosial. Apa juga penafian diluar makamah hanya sia sia sahaja malah boleh dikenakan tindakan menghina makamah.

Nampaknya Najib sudah tidak yakin dengan peguamnya," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain mengambil peluang menyindir kenyataan dibuat Najib itu.

Warganet perli dakwaan bela diri dibuat Najib
"Bapa saya tidak marah kpd saya sebab curi bola.

"Tapi dia marah kat bola tu sebab melambung hinggap ke tangan saya... Yang mana paham-paham.. Yang tak paham sudah," sindirnya.

Post a Comment

0 Comments