Gempa: Ambon diisytihar darurat 14 hari


PIHAK berkuasa Indonesia mengisytiharkan darurat 14 hari di Ambon susulan gempa bumi yang melanda.

Perintah tersebut dikeluarkan Datuk Bandar Ambon, Richard Louhenapessy susulan gempa berukuran 6.5 magnitud yang melanda ibu kota Maluku dan dua daerah bersebelahan pada Khamis lalu.

"Wali Kota Ambon menetapkan masa tanggap darurat pascagempa selama 14 hari, terhitung sejak 26 September 2019 hingga 9 Oktober 2019.

Gempa meranapkan banyak bangunan
"Kota Ambon menjadi salah satu wilayah terdampak karena gempa Magnitud 6.5 yang terjadi pada Khamis lalu," kata Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Agus Wibowo .

Difahamkan, gempa tersebut telah menyebabkan ratusan bangunan rosak dan sekurang-kurangnya 30 orang maut dan 156 cedera.

Dianggarkan 250,000 orang dengan kira-kira 27,119 di Ambon kini tinggal di beberapa tempat perlindungan sementara termasuk di Hospital Besar Haulussy dan Hospital Besar Tulehu.

"Selama masa tanggap darurat tersebut, Pos Komando (Posko) Tanggap Darurat Bencana Gempa Bumi Kota Ambon bertugas untuk mengkoordinasikan semua unsur untuk penanganan darurat di wilayah administrasinya," tambah Agus.

Selain meranapkan bangunan, gempa tersebut turut menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kebanyakkan yang maut adalah disebabkan tertimpa runtuhan bangunan.

Penduduk berkhemah di kawasan lapang
Indonesia kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi berikutan kedudukannya dalam "Lingkaran Api Pasifik”

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 magnitud di luar pantai Sumatra mengakibatkan tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di wilayah itu, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia.

Post a Comment

0 Comments