Anwar utus simpati buat rakyat Lubnan


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin negara terawal menzahirkan rasa simpati terhadap warga Lubnan yang terlibat dalam insiden letupan besar di sebuah gudang di ibu kota negara itu semalam.

Melalui satu kenyataan pagi tadi, Anwar berkata, Insiden ini ternyata menambah derita Lubnan yang kini turut dihimpit krisis kesihatan dan ekonomi.

"Semoga pihak berkuasa Lubnan dapat mengambil tindakan keras terhadap pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan letupan berkenaan.

"Saya mengutuskan simpati mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan warga Lubnan," katanya.
https://t.me/kartelmedia
Kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia, berlaku kebakaran diikuti letupan dahsyat di sebuah gudang di pelabuhan di Beirut.

Insidenm itu meragut sekurang-kurangnya 73 nyawa serta mencederakan kira-kira 3,700 orang awam yang berada berhampiran kawasan letupan.

Perdana Menteri Hassan Diab berkata 2.750 tan baja amonium nitrat yang disimpan selama bertahun-tahun dalam gudang di tepi pelabuhan Beirut telah meletup, mengakibatkan "bencana yang dahsyat."

sementara seorang pegawai Lubnan tidak menggambarkan letupan yang menggegarkan ibu negara itu sebagai serangan.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Lubnan memaklumkan tiada rakyat Malaysia atau tentera Malaysia yang ditugaskan di bawah Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (Unifil) terjejas oleh letupan besar tersebut.

"(Situasi di Beirut) sangat buruk, bencana. Namun, kami belum menerima apa-apa maklumat rasmi buat masa ini," kata kenyataan dari kedutaan dipetik Bernama.

Sementara itu, DAP dalam satu kenyataan menggesa kerajaan Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada Lubnan pada waktu yang sukar ini.
 

Post a Comment

0 Comments