SEBANYAK 21 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat siang tadi, sekaligus menjadikan jumlah kes positif berkaitan wabak itu di Malaysia meningkat kepada 9,023 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes terbabit adalah kes import.
Bagaimanapun ia melibatkan warganegara Malaysia.
Manakala, enam lagi kes adalah penularan dalam negara termasuk tiga kes dari Kluster Sivagangga juga melibatkan warganegara
"Di Kedah, tiga kes daripada Kluster PUI Sivagangga. Di Sabah, dua kes iaitu satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan satu kes saringan pra prosedur di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS).
"Di Johor, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSAJB)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 196 pesakit dengan kes aktif diasingkan dan diberi rawatan. Dua darinya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pada masa sama, terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini.
"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,702 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," ujarnya.
Pada masa sama, terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini.
"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,702 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," ujarnya.
0 Comments