PM ingatkan jemaah menteri elak pembaziran, fokus isu rakyat

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua jemaah menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan agar mengelak pembaziran dan memberi fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat.

Bercakap kepada media selepas mengumumkan senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan malam, Anwar berkata anggota Kabinet perlu mengutamakan tata kelola yang baik semasa melaksanakan tugas masing-masing.

"Saya tetapkan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan utamakan tata kelola dan good governance dan isu yang harus diambil untuk ringkankan beban rakyat.

"Fokus utama tetap adalah pemacuan ekonomi," katanya.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan bahawa satu pertemuan khas akan diadakan dengan Jemaah Menteri bagi membincangkan peraturan dan hala tuju setiap kementerian.

Kaedah baru akan diperkenal dalam pentadbiran
"Kaedah baharu (akan) diperkenalkan, dengan maksud memusatkan usaha dalam menjalankan kerja dan elakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa," katanya
 
Anwar semalam mengumumkan 28 anggota Jemaah Menteri bagi kerajaan perpaduan termasuk timbalan perdana menteri.

Post a Comment

0 Comments