Anwar tunai janji kecilkan saiz kabinet


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menepati janjinya untuk mengurangkan saiz Kabinet dibawah pentadbirannya.

Walaupun usaha mengecilkan saiz kabinet itu agak sukar dilaksana susulan kerajaan perlu dibentuk secara kerajaan perpaduan dengan parti politik di luar Pakatan Harapan (HARAPAN), namun Anwar berjaya menangani isu tersebut dengan melantik 28 menteri berbanding 31 ketika pentadbiran Mahiaddin Md Yassin dan 32 ketika era Ismail Sabri Yaakob.

Dalam senarai Kabinet yang diumumkan malam tadi, seramai lapan Ahli Parlimen KEADILAN dilantik menganggotai kabinet, empat dari DAP, dua dari Parti Amanah Negara dan seorang dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Sementara itu, enam wakil Menteri Barisan Nasional (BN) didominasi  UMNO, dua Gabungan Rakyat Sabah (GRS), empat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seorang teknokrat. 

Empatanggota Jemaah Menteri pula dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Negara.

Saiz kabinet dikecilkan sebagai usaha penjimatan
Mereka adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar) dan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama).

Keempat-empat mereka akan mengangkat sumpah sebagai senator pagi ini sebelum membolehkan mereka mengangkat sumpah jawatan menteri.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim mengesahkan sesi mengangkat sumpah senator Dewan Negara akan berlangsung pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Sebagai rekod, Anwar tidak mengambil sebarang gaji sebagai perdana menteri, malah beliau turut mengusulkan agar gaji menteri dikurangkan.

Post a Comment

0 Comments