PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli Jemaah Menteri kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan bahawa portfolio kewangan akan digalasnya sendiri dengan dibantu oleh beberapa penasihat diketuai penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Sementara itu, Anwar turut mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof yang merupakan Naib Presiden Kanan PBB mewakili (GPS) sebagai Timbalan Perdana Menteri. masing-masing memegang portfolio menteri kemajuan desa dan wilayah serta menteri perladangan dan komoditi.
Timbalan Presiden Umno,Mohamad Hasan pula dilantik sebagai menteri pertahanan manakala menteri dalam negeri disandang Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan Setiausaha Agong KEADILAN.
Berikut adalah senarai penuh barisan kabinet:
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang
Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali.
Anwar lantik dua Timbalan Perdana Menteri |
0 Comments