SEJUMLAH RM25.8 juta telah diagihkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada 742 sekolah di seluruh negeri menerusi program bantuan sekolah, tahun ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata daerah Petaling paling banyak menerima manfaat membabitkan 222 sekolah dengan peruntukan RM7.04 juta.
Ia diikuti daerah Klang, dengan RM6.18 juta membabitkan 134 sekolah dan RM3.9 juta kepada 102 sekolah di Hulu Langat.
Selain itu, katanya, bantuan disalurkan kepada 68 sekolah di Kuala Selangor (RM1.99 juta), 65 sekolah di daerah Gombak (RM1.79 juta), 49 sekolah di Kuala Langat (RM1.74 juta), 39 sekolah di Hulu Selangor (RM1.19 juta), 35 sekolah di Sepang (RM1.32 juta) dan 28 sekolah di Sabak Bernam (RM856,000).
"Hampir RM26 juta diperuntukkan dalam bantuan sekolah ini dan ada baki kira-kira RM100,000. Mungkin ada permohonan tidak lengkap, kita akan selesaikan secepat mungkin," katanya dipetik.
Selain itu jelasnya, kerajaan negeri juga telah menyerahkan bantuan kepada sekolah dalam daerah Hulu Langat dan Sepang, masing-masing pada 18 Jun dan 30 Oktober lalu dalam siri Jelajah Selangor Penyayang.

Kekayaan negeri dikongsikan dengan rakyat |
"Sebanyak 225 buah sekolah membabitkan sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah menengah persendirian Cina, sekolah menengah jenis kebangsaan dan mubaligh juga menerima bantuan menerusi program penyerahan bantuan sekolah pada 17 Oktober lalu.
"Bagi kategori sekolah agama rakyat dan sekolah kebangsaan serta menengah kebangsaan pula, sebanyak 501 menerima bantuan yang diadakan pada 21 November lalu," katanya.

0 Comments