Pesuruhjaya PAS terlajak yakin nak 'rampas' S'gor


AHLI DEWAN Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi yang mendakwa mereka yakin mampu menawan Selangor pada PRU15.

ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dipetik laporan Sinar berkata agak mustahil PAS dapat menguasai Selangor memandangkan negeri berkenaan mempunyai pelbagai kaum.

Malah beliau menaruh keyakinan kepada kebijaksanaan rakyat di negeri tersebut untuk memilih pemimpin mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

"Saya boleh katakan rakyat di Selangor menolak PAS kecuali kekuatannya mungkin ada di kawasan luar bandar, namun masih perlu bekerjasama dengan UMNO untuk memenangi beberapa buah kerusi.

"Tapi dalam keadaan sekarang ini, kita tidak nampak pengaruh PAS semakin kuat. Bagi saya, mereka bermimpi di siang hari," katanya menurut laporan portal itu.

Pada Isnin, PAS yakin kerjasama bersama rakan ta'awun dan peningkatan sokongan menerusi pertambahan ahli baharu mampu merampas Selangor daripada kerajaan HARAPAN pada PRU15.

Ahmad Yunus menyatakan keyakinan itu dengan dakwanya Selangor antara negeri yang mencatatkan pendaftaran ahli baharu tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Walau bagaimanapun disebalik keyakinan Ahmad Yusunus itu, boleh disimpulkan bahawa parti gagal mendapat tempat di hati rakyat Selangor.

Berdasarkan rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, parti itu bertanding di 47 kerusi DUN, namun hanya menang satu kerusi.

PAS juga bertanding di 20 Kerusi Parlimen di negeri itu, namun gagal menang walau satu pun kerusi yang dipertandingkan.

Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berkata, HARAPAN mempunyai keyakinan penuh bahawa rakyat akan mengekalkan pentadbiran parti tersebut di Selangor walaupun kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru antara HARAPAN, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai PAS.
 
"Kita yakin majoriti rakyat Selangor akan memberikan kepercayaan kepada HARAPAN. Kita yakin dengan kebijaksanaan rakyat Selangor yang akan buat pilihan.

PAS pasang angan-angan nak rampas S'gor
"PN tidak mempunyai rekod dan kalau kita lihat di peringkat Persekutuan, kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal untuk mentadbir dengan baik.

"PN bukan satu ancaman, tapi lebih kepada cabaran kepada HARAPAN, maksudnya kita perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan kita menang, dalam masa sama kita tidak boleh ambil mudah atas ancaman (PN) tersebut," katanya.


Post a Comment

0 Comments