Dasuki kalah lagi, diperintah bayar RM11,000 kepada Mujahid


MAHKAMAH Sesyen Shah Alam hari ini menolak saman fitnah dikemukakan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap bekas menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof.

Saman itu dikemuka Ahmad Dasuki susulan satu ciapan Mujahid pada 22 Nov 2020 yang mendakwa pendakwah bebas itu berdusta berhubung isu penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam.

“Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan”, kata ciapan Mujahid itu merujuk satu video ceramah Ahmad Dasuki yang sebelumnya tular.

Menurut peguam  Norazmir Zakaria yang mewakili Mujahid dalam kes itu,  mahkamah dalam penghakiman telah menyatakan bahawa kenyataan Twitter Mujahid itu bukan merupakan suatu fitnah.

Ini berdasarkan keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Jakim juga menegaskan pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang digunapakai oleh defendan adalah pembelaan yang terpakai.

"Defendan (Mujahid) yang merupakan bekas menteri agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti.

"Sebagai bekas menteri agama, defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang TH supaya TH tidak lagi disalah anggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang Islam," katanya.

Susulan itu jelas Norazmir, mahkamah kemudian mengarahkan Ahmad Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.

Ahmad Dusuki dalam samannya sebelum ini menuntut Mujahid membuat permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyata jumlahnya.

Aset Tabung Haji tak dijual kepada bukan Islam


Baru-baru ini, Mahkamah Sesyen Kota Bharu turut menolak saman malu RM 1 juta yang dikemuka oleh Ahmad Dasuki terhadap Ketua Pemuda parti Amanah Kelantan.

BACA: Jeming Hassan tak fitnah Dasuki, tegas Mahkamah


Saman itu dikemuka Ahmad Dasuki berhubung satu video yang dimuatnaik Jeming Hassan yang menuntut Ahmad Dasuki membuat permohonan maaf kerana memfitnah aset Tabung Haji (TH) dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah sebelum ini.

Hakim Tuan Zaman Mohd Noor mendapati bahawa video dimuat naik Jeming ke laman Youtube itu bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Susulan itu mahkamah memerintahkan Ahmad Dasuki untuk membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Jeming.

 

Post a Comment

0 Comments