Jeming Hassan tak fitnah Dasuki - Mahkamah


MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu menolak saman RM1juta difailkan bekas ahli jawatankuasa ulama PAS, Dusuki Rani terhadap Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.

Ahmad Dusuki memfailkan saman berhubung satu video yang dimuat naik Hazmi di laman Youtube-nya yang menuntut pemimpin PAS itu membuat permohonan maaf kerana memfitnah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Keputusan itu dibuat hakim Zaman Mohd Noor selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak berkait saman itu.

Pada Ogos 2020 Dasuki memfailkan saman itu dengan mendakwa Hazmi atau lebih dikenali sebagai Jeming Hassan memfitnahnya melalui satu kandungan video di laman YouTube pada 15 Julai 2020.

Sebagai rekod kandungan video YouTube dimuat naik itu antara lain mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Dusuki mengenai Tabung Haji (TH) semasa pentadbiran HARAPAN

Hazmi mendakwa Ahmad Dusuki memfitnah antaranya menyentuh berkenaan aset TH yang dijual kepada orang bukan Islam.

Tabung Haji tak dijual kepada bukan Islam


Sementara itu peguam Faiz Fadzil yang mewakili Hazmi berkata, hakim mendapati bahawa video oleh Hazmi bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam. Sebaliknya dakwaan bahawa aset itu dijual merupakan fitnah sebenarnya.


"Sementara itu, hakim juga mendapati pembelaan ‘common law’ yang dibangkitkan termasuk justification, fair comment dan qualified privilege sebagai ahli politik telah dibuktikan oleh Hazmi

"Dengan keputusan itu, Dusuki diperintahkan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada anak guam saya," katanya Faiz.



Post a Comment

0 Comments