KESEMUA bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang menang atas tiket parti itu namun bertindak mengkhianati parti itu melalui langkah Sheraton bakal menerima nasib sama seperti rakan mereka, bekas Ahli Parlimen Ampang.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Zuraida membayar RM10 juta kerana melanggar bon ditandatanganinya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu berkata, KEADILAN mempunyai peluang cerah untuk menang kerana kes adalah sama seperti mana kemenangan mereka terhadap Zuraida.
“Sejumlah Ahli Parlimen KEADILAN bertindak keluar parti selepas menang, kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh. Sebagai Setiausaha Agung, saya kemudian memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka berkenaan.
“Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengetuai peguam. Saya ikut menjadi saksi utama memberi keterangan di hadapan hakim, kena ‘cross’ dengan peguam Zuraida. Berpeluh juga,” ciapnya melalui akaun Twitter.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memutuskan bahawa parti KEADILAN boleh menuntut RM10 juta daripada Zuraida yang juga kerana keluar parti selepas menggunakan nama dan logo parti ketika bertanding dan menerima faedah atas kemenangannya pada PRU14.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semasa PRU yang diadakan pada 2018 itu semua calon KEADILAN tandatangan suatu bon di mana jika selepas menang bertindak keluar parti kena membayar RM10 juta pada parti.
![]() |
Pengajaran supaya tidak khianat mandat rakyat |
“Pengajarannya, usah khianat. Gembiranya hanya sementara, bukan sedikit penyokongnya sekarang mohon nak masuk parti semula.
“Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju,” katanya
0 Comments