Penganalisis sifatkan taklimat khas Umno medan 'pertunjukan kuasa'


WALAUPUN
sudah dipenjara, bekas Presiden Umno Najib Razak disifatkan masih “masih memegang kuasa” bersama kumpulannya di dalam parti itu, kata seorang penganalisis politik.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata begitu ketika mengulas perhimpunan khas diadakan Umno pada Sabtu lalu.

Dpetik laporan FMT, beliau menyifatkan himpunan itu sebagai “pertunjukan kuasa” oleh kumpulan penyokong Najib terutama Ahmad Zahid Hamidi untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum awal.

“Mereka mahu ingatkan ahli (Umno), terutamanya yang berada dalam kluster kerajaan, bahawa mereka memegang majoriti,” katanya.

“Kluster mahkamah” pula merujuk kepada individu-individu seperti Zahid, Najib dan lain-lain yang berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka yang sealiran dengan Zahid mendesak agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal susulan kemenangan yang dikecapi parti itu pada pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, Ismail baru-baru ini memberi bayangan bahawa PRU mungkin ditangguhkan berikutan kontroversi mengenai perolehan enam frigat dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan dipetik laporan sama menyuarakan sentimen serupa mengenai taklimat khas tersebut, yang diadakan untuk pemimpin bahagian.

Beliau turut melihat tekanan Umno terhadap Ismail untuk menyegerakan Pilihan Raya berkesan, memandangkan perdana menteri itu “bersendirian dan tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh”.

Himpunan untuk tunjuk kuasa, kata penganalisis
“Perhimpunan itu adalah untuk memaksa Ismail menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri (untuk memanggil PRU) dan membuktikan bahawa beliau sememangnya orang Umno,” kata Azmi.

Azmi berkata, walaupun Ismail mempunyai kata putus mengenai pilihan raya, beliau ahli Umno, yang kepimpinan partinya turut menentukan bila Parlimen patut dibubarkan.

Post a Comment

0 Comments