BADAN pemantau pilihan raya Bersih membuat gesaan supaya semua pihak menolak dari pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan segera.
Ia sususlan desakan pihak tertentu dalam Umno supaya PRU dipercepatkan dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan "kleptokrat" daripada keadilan di mahkamah.
"Terang lagi bersuluh bahawa mereka mahukan sebuah kerajaan baru yang akan memohon ampun bagi Najib, menekan para hakim malah mungkin menarik balik pendakwaan untuk kes-kes rasuah yang lain.
"Sekiranya penyokong kleptokrat berjaya, maka gejala dua darjat akan terinstitusi – politikus kerajaan akan 'terselamat' daripada sebarang akibat selepas melanggar undang-undang dan merompak rakyat, selagi mana mereka memenangi pilihan raya," kata kumpulan itu seperti dipetik media.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pembentangan Belanjawan 2023 dipinda ke 7 Okt, iaitu tiga minggu awal dari tarikh sebelumnya, tindakan itu mencetuskan spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan sehari selepas itu, untuk menarik undi melalui belanjawan.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata PRU akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan.
Pilihan Raya ini katanya akan menentukan soal hidup dan mati parti tersebut.
Bagaimanapun Bersih menggesa semua pihak menyokong konvensyen baru "Parlimen Berpenggal Tetap" dengan membenarkan Parlimen ke-14 hanya dibubarkan pada 15 Julai tahun depan.
Sementara itu kumpulan tersebut turut mengecam pihak yang tanpa segan silu mendesak Ismail Sabri membuat pembubaran awal Parlimen, kumpulan itu turut mengecam pihak yang mahu Naib Presiden Umno itu memohon pengampunan bagi Najib Razak
Bersih memberi amaran bahawa penginstitusian perlindungan kepada 'kleptokrat' bukan sahaja menghancurkan kedaulatan undang-undang dan masyarakat, malah ekonomi.
Justeru, mereka mahu Ismail Sabri berpegang teguh pada janjinya untuk tidak campur tangan dalam badan kehakiman dengan menolak gesaan pilihan raya umum awal.
"Ismail Sabri perlu ingat mandat beliau adalah daripada Parlimen dan bukannya Umno.
"Perdana menteri perlu segera melaksanakan reformasi utama bagi melindungi Malaysia daripada kleptokrat.
"Paling mustahak adalah pemisahan Pejabat Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menghapuskan pendakwaan terpilih dan kekebalan pendakwaan oleh Peguam Negara yang merupakan lantikan politik, di mana keputusannya mungkin dipengaruhi oleh pertimbangan politik," kata mereka.

Rakyat wajar sokong 'Parlimen berpenggal tetap' |

0 Comments