SELEPAS kira-kira empat tahun `turun naik mahkamah’, nasib Rosmah Mansor bakal ditentukan hari ini.
Pada 18 Februari 2021, Rosmah telah diperintah untuk membela diri atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.
Ia sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Rosmah dituduh dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Hukuman melibatkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan
Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kes mereka setelah memanggil dua saksi iaitu Rosmah sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM), Siti Azizah Sheikh Abod.
“Kes kita sudah sampai ke penghujung jalan, jadi sudah tiba masanya untuk menamatkan perjalanan dan menetapkan tarikh untuk keputusan,” demikian kata-kata Hakim Mohamed Zaini ketika menetapkan tarikh keputusan sewaktu prosiding pada 12 Mei lalu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan dijangka akan memutuskan sama ada isteri Najib Razak itu disabitkan bersalah atau dibebaskan seawal jam 9 pagi ini.
Beberapa percubaan Rosmah untuk melepaskan dirinya dari dakwaan rasuah itu gagal.
Pada Mei lalu, Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Rosmah untuk membatalkan pertuduhan kes rasuah itu dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.
Malah percubaan terakhir Rosmah menggugurkan Sri Ram dalam permohonan baharunya turut ditolak pada Selasa.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan keputusan itu selepas membenarkan bantahan dibuat Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini, selain menegaskan tiada keperluan untuk menangani merit permohonan itu.
Sebagai rekod, Najib Razak yang merupakan suami kepada Rosmah sedang dipenjarakan di Penjara Kajang atas kesalahan jenayah berkaitan dana SRC International.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mendengar rayuan akhir Najib pada Selasa minggu lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Presiden Umno itu.
Serentak itu juga mahkamah mengarahkan supaya Ahli Parlimen Pekan itu dipenjara.

Apalah nasib Rosmah hari ini? |

0 Comments