Kebebasan kehakiman tambah keyakinan pelabur asing

 


BEBERAPA Ahli ekonomi ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri, Najib Razak dalam kes SRC International melihatnya sebagai petanda baik kepada Malaysia.
 
Ketua pegawai eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran,  Carmelo Ferlito yang dipetik laporan FMT berkata, keputusan itu memberi isyarat positif bahawa “tiada siapa pun yang tidak boleh disentuh” dan keadilan turut melibatkan mereka yang memainkan peranan dalam politik negara.

Ferlito bagaimanapun menegaskan ketiadaan Najib dari kancah politik akan meninggalkan kekosongan yang boleh menambah suasana ketidaktentuan dalam sektor ekonomi.

Ahli Parlimen Pekan itu jelasnya dilihat lebih mesra perniagaan, manakala kerajaan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob bersikap sebaliknya.

Justeru tambahnya, pelabur asing mungkin mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” mungkin diambil pelabur asing kerana perebutan kuasa dijangka berlaku dalam kalangan puak Umno.

“Yang muncul sebagai pemenang akan menentukan jenis platform ekonomi (yang akan menjadi kempen mereka),” katanya menurut laporan itu.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia, Shaun Cheah dan Felo penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkongsi sentimen sama

“Ia menunjukkan kehadiran institusi yang baik.” kata Shankaran sambil berpandangan keputusan Selasa lalu itu menambah keyakinan kepada bakal pelabur.

Pelabur dijangka masih bersikap tunggu dan lihat
Bagaimanapun katanya, satu sabitan mungkin tidak mencukupi untuk mengubah persepsi dan membuktikan hakikat bahawa kedaulatan undang-undang adalah bahagian penting dalam rangka kerja institusi negara.

Takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba? Pelabur asing akan tunggu sebelum membuat penilaian,” menurutnya.

Shaun sementara itu berpandangan keputusan mahkamah akan memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa undang-undang komersial Malaysia kekal utuh.

Post a Comment

0 Comments