GESAAN Mahiaddin Yassin agar semua pemimpin parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan (HARAPAN) berunding dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak mendapat sambutan.
Presiden Amanah Mohamad Sabu melalui muatnaik di lman media sosialnya menegaskan bahawa tiada sebarang kerjasama antara gabungan itu dan PN yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.
Bekas Menteri Pertahanan itu turut secara sinis berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin terlupa bahawa dia berada dalam kerajaan yang turut disertai BN.
“Mungkin (Pengerusi PN) Muhyiddin (Yassin) tidak perasan dia berada di dalam kerajaan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.
“Kegagalan kerajaan hari ini adalah kegagalan bersama PN dan BN,” sindirnya.
Mahiaddin sebelum ini berkata, menyarankan rundingan bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.
Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahawa HARAPAN tidak akan bekerjasama dengan PN yang diwujudkan selepas berlakunya Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020, yang mengakibatkan kerajaan HARAPAN tumbang.
Perkara itu jelasnya telah diputuskan dalam mesyuarat HARAPAN yang diadakan pada Rabu lepas.
"Maksudnya kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai HARAPAN.
"KEADILAN sebagai tulang belakang HARAPAN berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini, dan sekiranya niat gabungan bersama PN tidak betul iaitu hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN, ia akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil," katanya.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menegaskan tiada kerjasama dengan PN yang ditunjangi Bersatu.
DAP kata bekas Menteri Kewangan it utetap dengan pendirian enggan “kembali semula” kepada parti yang disifatkan sebagai “pengkhianat yang harus disemadikan”.
“Bersatu ini seorang pengkhianat, petualang, pembelot, bolehkah kita kerjasama dengan petualang, pembelot? Tak bolehlah.
“Pendirian saya sejak lebih setahun lalu, tegas memang tak boleh kerjasama dengan pengkhianat. Selama-lamanya tak boleh. Pengkhianat itu harus disemadikan,” katanya dipetik laporan FMT.
Pelawaan Mahiaddin ditolak mentah-mentah |
“Bersatu ini pengkhianat lagi teruk dari musuh. Muhyiddin dah terdesak, dia minta bantuan daripada pihak yang dia khianati, takkan kita bodoh nak sama macam dia,” tegas bekas menteri kewangan itu sambil menggelar Bersatu “ular dalam selimut”.
0 Comments