BEKAS presiden MIC yang juga bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 86 tahun di kediamannya dekat Kuala Lumpur.
Berita sedih itu kematian presiden MIC selama 31 tahun itu dikongsikan seorang lagi bekas presiden MIC Dr S Subramaniam dalam hantaran Facebook pagi ini setelah dimaklumkan berita kematian itu oleh anak mendiang.
“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya, Vell Paari,” menurut catatan di Facebook Subramaniam.
Samy Vellu memimpin MIC dari 1979 hingga 2010 dan antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.
Dia merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008.
Dalam pilihan raya umum 2008 Samy Vellu kalah kepada Michael Jeyakumar Devaraj yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.
Mengenang kerjaya politiknya, Samy Vellu menceburi poltik pada usia 23 tahun apabila menyertai MIC cawangan Batu Caves
Dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, serta menteri tenaga, komunikasi dan pos dari 1989 hingga 1995.
Mendiang berusia 86 tahun |
Pada 2010, dia dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan rantau Asia Selatan oleh Najib Razak.
0 Comments