MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa agar bersikap lebih objektif dalam memahami kritikan disampaikan terutama oleh pemimpin senior di negara ini.
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syukri Razab berkata, tindakan Ali Parlimen Muar dan koordinator Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kritikan Syed Husin Ali berhubung tempoh transisi jawatan perdana menteri baru-baru ini sangat melucukan.
Tambah Syukri, tindakan Syed Saddiq yang 'melenting' dengan apa yang diutarakan bekas Naib Presiden KEADILAN itu hanya menyerlahkan lagi sikap pengampu yang berada disekeliling Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Bagi individu yang rajin membaca dan menyoroti kisah panjang perjuangan Syed Husin, pasti akan merasa lucu melihat gelagat manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq.
"Bukanlah bermakna Syed Husin itu sakral dan tidak boleh ditegur, tetapi manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq perlu berpada-pada dan lebih berhati-hati dalam menjawab kritikan Syed Husin Ali.
"Tak perlulah Syed Saddiq begitu terusik apabila Syed Husin membangkitkan soal Mahathir sukar untuk dipercayai.
"Bagi seorang senior yang pernah merasai sepak terajang politik dalam beberapa era sebelum Syed Saddiq dilahirkan, Syed Husin ada hak untuk berkongsi kerisauan beliau," kata bekas aktivis pelajar itu.
Pengampu sekeliling Mahathir
Sebelum ini, Syed Husin mendakwa hasrat Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ini jelasnya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kesuntukan masa untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Susulan kenyataan itu, Syed Saddiq mendakwa kononnya kenyataan ahli politik senior itu menimbulkan persepsi ada tangan ghaib mahu porak peranda negara supaya Dr Mahathir didesak meletakkan jawatan.
"Untuk melabelkan kritikan Syed Husin Ali dengan terma sabotaj, pembohong, tidak sabar dan tangan-tangan ghaib, hanya memperlihatkan betapa rakusnya kamu sebagai pengampu Mahathir untuk terus mengampu.
"Semua orang boleh melihat bagaimana Mahathir tidak pernah memberi jawapan yang pasti mengenai proses transisi ini.
"Mengapa begitu sukar dan apa sebenarnya yang menghalang Mahathir daripada berbuat demikian? Apakah ada pengampu di kiri dan kanan Mahathir yang sedang bimbang mereka akan hilang segala kemewahan jika Mahathir melepaskan kuasa?
"Syed Husin Ali merupakan tokoh senior dalam perjuangan reformasi yang memang terkenal sejak dahulu dengan kelantangan beliau menyuarakan pandangan. Malah beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam KEADILAN.
Sementara itu, Shukri sekali lagi mengingatkan Syed Saddiq berhubung janji peralihan kuasa perdana menteri seperti yang telah dipersetujui secara konsensus sebelum ini.
Tegasnya, perkara itu bukanlah rahsia dalaman HARAPAN atau masyarakat umum di negara ini.
"Persoalan ini jugalah yang sering diajukan kepada Mahathir dalam banyak wawancara terbuka yang beliau hadiri.
"Oleh itu Syed Saddiq tidak perlu merasa resah gelisah jika persoalan ini terus dibangkitkan kerana jawapan yang pasti masih gagal diberikan.
"Saya bersetuju dengan Syed Saddiq berhubung rakyat hari ini dahagakan pembaharuan yang menaikkan kualiti hidup mereka.
"Atas dasar ini, saya juga sependapat dengan Husin Ali agar proses transisi perdana menteri ditetapkan segera supaya Anwar Ibrahim mempunyai cukup masa untuk meneruskan dan menyegerakan agenda reformasi yang benar-benar rakyat perlukan," tambahnya.
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syukri Razab berkata, tindakan Ali Parlimen Muar dan koordinator Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kritikan Syed Husin Ali berhubung tempoh transisi jawatan perdana menteri baru-baru ini sangat melucukan.
Tambah Syukri, tindakan Syed Saddiq yang 'melenting' dengan apa yang diutarakan bekas Naib Presiden KEADILAN itu hanya menyerlahkan lagi sikap pengampu yang berada disekeliling Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Bagi individu yang rajin membaca dan menyoroti kisah panjang perjuangan Syed Husin, pasti akan merasa lucu melihat gelagat manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq.
"Bukanlah bermakna Syed Husin itu sakral dan tidak boleh ditegur, tetapi manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq perlu berpada-pada dan lebih berhati-hati dalam menjawab kritikan Syed Husin Ali.
![]() |
Syed Husin dikenali sebagai pemimpin yang tegas |
"Bagi seorang senior yang pernah merasai sepak terajang politik dalam beberapa era sebelum Syed Saddiq dilahirkan, Syed Husin ada hak untuk berkongsi kerisauan beliau," kata bekas aktivis pelajar itu.
Pengampu sekeliling Mahathir
Sebelum ini, Syed Husin mendakwa hasrat Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ini jelasnya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kesuntukan masa untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Susulan kenyataan itu, Syed Saddiq mendakwa kononnya kenyataan ahli politik senior itu menimbulkan persepsi ada tangan ghaib mahu porak peranda negara supaya Dr Mahathir didesak meletakkan jawatan.
"Untuk melabelkan kritikan Syed Husin Ali dengan terma sabotaj, pembohong, tidak sabar dan tangan-tangan ghaib, hanya memperlihatkan betapa rakusnya kamu sebagai pengampu Mahathir untuk terus mengampu.
"Semua orang boleh melihat bagaimana Mahathir tidak pernah memberi jawapan yang pasti mengenai proses transisi ini.
"Mengapa begitu sukar dan apa sebenarnya yang menghalang Mahathir daripada berbuat demikian? Apakah ada pengampu di kiri dan kanan Mahathir yang sedang bimbang mereka akan hilang segala kemewahan jika Mahathir melepaskan kuasa?
"Syed Husin Ali merupakan tokoh senior dalam perjuangan reformasi yang memang terkenal sejak dahulu dengan kelantangan beliau menyuarakan pandangan. Malah beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam KEADILAN.
![]() |
Tun M berjanji akan menyerahkan kuasa |

0 Comments