Syed Ibrahim dilantik Pengerusi KEADILAN Johor


AHLI
Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan pengerusi terdahulu, Hassan Abdul Karim yang meletak jawatannya pada  Julai lalu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang PKR Johor telah diadakan petang semalam bagi membincangkan perkara itu.

Anwar bersama Ketua Cabang Johor sebaik mesyuarat  
Mesyuarat itu jelasnya bagi memuktamadkan proses pelantikan pengerusi MPN Johor yang baharu.

“Dalam mesyuarat tersebut proses undi telah diadakan dan hasil keputusan yang dicapai memperlihatkan majoriti Ketua Cabang melantik Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.

“Semoga pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan KEADILAN di Johor," Kata Anwar dalam kenyataan di laman Facebooknya malam tadi.

Sementara itu, Anwar juga berharap Syed Ibrahim dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat bersama pimpinan yang lain.

Sebagai rekod, Syed Ibrahim merupakan seorang aktivis sosial veteran dan bekas Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI). Beliau juga merupakan bekas Ketua Penerangan
KEADILAN pusat.

Post a Comment

0 Comments