Mahu melancong? PDRM nasihat berhati-hati


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan agar penumpang yang menaiki penerbangan mengambil langkah berhati-hati.

Ia susulan kebimbangan berlakunya kecurian didalam pesawat.

Menurut kenyataan di Facebook PDRM, penumpang penerbangan dinasihatkan untuk menyimpan barangan berharga pada ruang hadapan kerusi masing-masing.

Mereka juga perlu sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling dan pastikan beg yang dibawa berkunci dan memiliki ciri yang mudah dikenal pasti (warna, bentuk dan tag nama).

Penumpang juga perlu menyimpan wang dan kredit kad yang dibawa dalam beg yang berasingan. Jika penumpang ingin menyimpan beg di tempat simpanan bagasi, letakkan secara bertentangan agar mudah diperhati.

Pihak polis juga menasihatkan penumpan laporkan segera kepada kru penerbangan jika mensyaki terdapat individu yang mencurigakan berada di dalam pesawat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan PDRM susulan ramai penumpang penerbangan dilaporkan kehilangan barang peribadi yang diletakkan di tempat simpanan bagasi kabin.

Kecurian barangan peribadi itu dipercayai dilakukan sindiket yang beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam dengan menyasarkan penumpang yang leka atau sedang tidur sebelum mengambil beg yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

Terdahulu, seorang penumpang yang dikenali sebagai Faiz Mokhtar bersama rakannya berjaya mencekup seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket mencuri barangan peribadi dalam pesawat semasa penerbangan MH0751 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam pada Rabu lalu.

Perbuatan lelaki yang dipercayai ahli sindiket mencuri barang peribadi milik penumpang itu disedari rakannya apabila suspek mengambil begnya yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

Malaysia Airlines (MAS) yang mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kru penerbangan pesawat berkenaan turut membuat laporan polis kepada pihak berkuasa Vietnam.

Post a Comment

0 Comments