#KitaSelangor bantu semua


SIKAP Kerajaan Negeri Selangor dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya termasuk kepada mangsa banjir di negeri terlibat musibah banjir wajar baru-baru ini dicontohi.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bersetuju memberikan sumbangan RM2 juta kepada  Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang terjejas banjir awal bulan ini.

“Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, kerajaan negeri bersedia menghulurkan sumbangan bantuan banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang.

“Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500 ribu,” katanya dalam pengumuman khas pakej #KitaSelangor di Facebook.

Pahang, Kelantan dan Terengganu antara negeri terjejas akibat teruk akibat banjir susulan hujan yang turut berterusan.

Sementara itu, dalam usaha Selangor melawan penularan Covid-19, Amirudin turut mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk melaksanakan ujian saringan bersasar percuma kepada 50,000 rakyat negeri itu.

Program itu akan memfokuskan kepada golongan sasar seperti warga emas berisiko tinggi, khususnya lebih berusia di Pusat Penjagaan Warga Emas dan Pusat Hemodialisis seluruh Selangor, golongan berpendapatan rendah (B40) dan mahasiswa anak Selangor.

“Perincian berkenaan hal ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Selangor turut memperuntukan RM1.3 juta untuk pemberian bakul makanan kepada golongan terjejas di negeri itu.

Katanya, sumbangan barangan keperluan harian diberikan kepada pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa projek perumahan rakyat (PPR), pemandu lori sisa pepejal kendalian Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) dan masyarakat orang Asli.

Langkah K'jaan S'gor wajar dicontohi


Bukan sekadar itu, Selangor turut memperuntukan RM3 juta untuk meneruskan pemberian bantuan makanan kepada semua 9,822 petugas perubatan di hospital dan pejabat kesihatan daerah seluruh negeri.


Katanya, peruntukan itu termasuk kepada 3,500 anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Post a Comment

0 Comments