PEMBANGKANG akan memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mencabar tindakan kerajaan Muhyiddin Yassin menggantung parlimen susulan pengisytiharan darurat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu dipetik media berkata, tuntutan itu akan diajukan ke Mahkamah pada Khamis atau Jumaat ini.
“Apa yang kita nak ajukan ke mahkamah, bukan darurat, tetapi keperluan meneruskan dengan mesyuarat parlimen, supaya parlimen boleh terus bersidang.
“Jadi yang kita nak ajukan ke mahkamah mungkin esok atau lusa, oleh barisan peguam, atas permintaan saya dan rakan-rakan HARAPAN, adalah untuk memastikan mahkamah memutuskan supaya parlimen dapat bersidang terus tanpa menyentuh soal darurat,” kata dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook siang tadi.
Dalam sidang media itu juga, Anwar membetulkan kesilapan pengkritik yang menuduh tindakannya menggesa Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai satu tindakan menderhaka.
Pengkritik jelasnya mempertikaikan rancangan untuk membawa hal tersebut ke mahkamah tanpa terlebih dahulu mengambil tahu apa yang ingin dikemukakan mereka.
Tegas Anwar surat yang mahu dihantar itu bukan menyerang Tuanku, sebaliknya memohon ihsan Agong dan kebijaksanaan Agong supaya sidang Parlimen dibenarkan untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi dihadapi rakyat.
“Lihat semula, apakah alasan-alasan yang kami kira dibawa perdana menteri tidak cukup kuat dan tidak munasabah. Maka mohon Agong pertimbang dan kami terima keputusan dan kebijaksanaan Agong. Kami tidak menyerang tetapi memohon ihsan Agong.
“Kita tak mahu digunakan peluang darurat ini tanpa semak dan imbang, dan boleh mereka (kerajaan) lakukan sewenang-wenangnya.
“Parlimen ini dilakukan di depan semua, ia memaksa menteri mendengar dan memberi penjelasan. Tetapi pilihan mereka untuk gantung dan isytihar darurat.
“Bila kita persoalkan, terus dikatakan derhaka, ancaman keselamatan, cubalah baca tuntutan kita,” katanya lagi.
Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan pendirian Majlis Presiden sebelum ini yang menolak alasan digunakan Muhyiddin ketika menyampaikan nasihat kepada Seri Paduka.
“Kami beranggapan perdana menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terikat dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi,” katanya.
Kerajaan atas persetujuan Agong mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.
Ia disusuli jaminan Muhyiddin bahawa darurat bukannya rampasan kuasa dan aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa, tetapi Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh kecemasan berakhir.

![]() |
Anwar gesa pengkritik baca keseluruhan tuntutan |

0 Comments