Otai Reformasi tolak kerjasama HARAPAN dengan kumpulan Tun M


KUMPULAN penyokong tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang usaha menjalin kembali kerjasama antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan kumpulan diketuai Dr mahathir Mohammad.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail melihat kerjasama dengan Pejuang dan Umno tidak akan menguntungkan HARAPAN, sebaliknya gabungan itu akan dipergunakan.

“Otai tidak nampak keperluan HARAPAN bekerjasama semula dengan Mahathir atau Pejuang kerana kelicikan politik Mahathir besar kemungkinan akan sekali lagi menyebabkan HARAPAN dipatuk ular buat kali kedua di lubang yang sama.”

“Dr Mahathir atau Umno akan ‘mempergunakan’ HARAPAN untuk tujuan ‘barter trade’ dengan Muhyiddin demi kepentingan peribadi atau parti masing-masing,” katanya dipetik laporan FMT.

Abdul Razak menegaskan bahawa sudah tiba masanya HARAPAN berhenti merancang kerjasama dengan kedua-dua pihak itu dalam usaha menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Razak dan kumpulannya tidak faham berhubung “kegilaan HARAPAN mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir” dan tidak nampak kekuatan bekas perdana menteri itu dengan Pejuang hanya mempunyai empat Ahi Parlimen.

“Otai Reformis sebulat suara menolak sekeras-kerasnya kerjasama dengan Mahathir. Kami tiada tolak ansur dalam isu melibatkan Mahathir”, katanya lagi.

 Kerjasama dengan Tun M tak dapat diterima
Razak sebelumnya mengulas kenyataan, Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar bahawa kesediaan Mahathir menerima Anwar sebagai perdana menteri sekiranya presiden KEADILAN itu memperolehi sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.

Razak sementara itu mengingatkan bahawa rakyat masih ingat “pengkhianatan” Mahathir yang letak jawatan pada Feb tahun lepas menyebabkan kerajaan PH runtuh.

Post a Comment

0 Comments