Waris kesultanan Sulu rampas aset Petronas - Laporan


WARIS
kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg menurutlaporan.


Financial Times memetik peguam mewakili waris Kesultanan itu berkata, dua aset itu adalah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bernilai lebih RM8.87 bilion.

Ia sebagai sebahagian tindakan undang-undang yang dimulakan waris Sulu pada 2017 bagi menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari kerajaan Malaysia.
 
Pertikaian itu timbul daripada perjanjian ditandatangani Sultan Sulu Jamal Al-Alam dan Maharaja Sabah ketika itu, Baron De Overbeck serta Alfred Dent yang mewakili syarikat British Utara Borneo pada 1878.

Bawah perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah kepada Dent dan Overbeck, yang bersetuju bahawa mereka mahupun bakal waris mereka akan membayar sebanyak 5,000 dolar Mexico setahun kepada waris Sultan.

Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris dan pembayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.

Pembayaran kepada waris terbabit diteruskan hingga ke zaman moden apabila Malaysia menjadi penerus perjanjian itu berikutan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.

selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013, Malaysia berhenti membayar pajakan tahunan kira-kira RM5,300 kepada waris Sultan Sulu.

Pada 1 Mac lalu,  media melaporkan berita bahawa negara diperintahkan membayar AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang terakhir.

Kerajaan Malaysia menyatakan akan mencabar kesahihan keputusan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Waris Sulu tuntut RM62.59 bilion dari M'sia
Walau bagaimanapun media kemudia melaporkan kerajaan Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Peguam bagi pihak yang menuntut telah berhujah bahawa memandangkan Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York), maka anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan sekiranya jumlah yang dituntut tidak dibayar.

Post a Comment

0 Comments