AHLI PARLIMEN Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat susulan laporan tindakan waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilaporkan semalam.
Melalui catatan di laman Facrbooknya, Salahuddin menegaskan bahawa isu itu perlu segera dibahaskan selain perlu dijawab Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Parlimen.
"Saya telah menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh kesultanan Sulu.
"Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang.
"Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita," katanya menerusi catatan itu semalam dengan memuat naik salinan surat usul tergempar yang dihantar kepada Azhar.
Financial Times sebelum ini dalam laporannya memetik peguam mewakili waris Kesultanan itu berkata, dua aset itu adalah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bernilai lebih RM8.87 bilion.
Ia sebagai sebahagian tindakan undang-undang yang dimulakan waris Sulu pada 2017 bagi menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari kerajaan Malaysia.
Sementara itu melalui Salahuddin melalui surat itu juga antara lain menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam sidang akan datang.
![]() |
Salahuddin tuntut Ismail Sabri beri penjelasan |
"Perkara in perlu disegerakan penjelasan daripada Perdana Menteri sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan di mana-mana bidang kuasa yang berlainan yang masih wujud berkaitan Awad asal bidang kuasa yang telah dikeluarkan oleh Timbangtara DR STAMPA pada 25 Mei 2020," tulis beliau.
0 Comments