K'jaan diselar susulan keputusan tamatkan Ikatan biasiswa JPA

 


BEKAS MENTERI kesihatan Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalannya menyelar keputusan kerajaan untuk  menamatkan ikatan biasiswa doktor kontrak.

Dipetik laporan media, mereka bimbang langkah itu akhirnya akan mengakibatkan penghijrahan besar-besaran daripada perkhidmatan kesihatan awam negara

Dzulkelfy menambah, susulan langkah itu, “pemangsa asing yang menunggu untuk mencuri bakat-bakat kita” berkemungkinan menjadi pihak yang mendapat keuntungan paling besar daripada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menamatkan tempoh ikatan tersebut.

Pegawai-pegawai kontrak tambahnya mungkin akan memilih untuk berkhidmat di sektor swasta, dan ini akan menyekat kemajuan perkhidmatan kesihatan.
 
Sementara itu bekas timbalannya, Dr Lee Boon Chye berkata, penamatan ikatan tersebut akan menyebabkan biasiswa menjadi “pembaziran dana kerajaan dan penyelewengan sumber manusia”.

"Ia mencerminkan perancangan jangka panjang yang lemah," tambah Ahli Parlimen Gopeng dari KEADILAN itu.

Pada Sabtu, JPA mengumumkan bahawa doktor, doktor gigi dan ahli farmasi yang menerima biasiswa kerajaan akan dibebaskan daripada ikatan untuk berkhidmat dengan kerajaan. Bagaimanapun, mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan perkhidmatan.

"Perancangan yang gagal itu bermula dengan langkah Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan terlalu ramai graduan perubatan dihasilkan universiti tempatan, dan dengan JPA memberikan biasiswa untuk jawatan yang tidak diperlukan oleh kerajaan.

"Tidak cukup hanya melahirkan sumber manusia tanpa mengekalkan mereka untuk berkhidmat kepada negara, kata mereka.

Bimbang langkah k'jaan rugikan negara
Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menegaskan bahawa keputusan JPA itu mengkhianati kepercayaan pembayar cukai terhadap kerajaan.

Dengan keputusan itu juga jelasnya Malaysia berisiko menjadi negara sumber golongan bijak pandai bagi negara lain dengan merugikan pembayar cukainya sendiri.

Post a Comment

0 Comments