Mengapa tak halang tindakan waris kesultanan Sulu, soal Ahli Parlimen


PEGUAM
Negara Idrus Harun dan pasukan peguam Petronas dipersalahkan atas rampasan aset syarikat minyak negara oleh waris kesultanan Sulu.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dipetik laporan Malaysiakini menyoal mengapa kerajaan membenarkan rampasan aset milik negara.

"Bagaimanakah Kerajaan Malaysia boleh membenarkan perkara sebegitu berlaku terhadap aset negara?

"Kenapa tiada injunksi atau perintah sekatan difailkan terhadap apa yang didakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu untuk melakukan lebih banyak kerosakan dengan niat jahat?"

"Apakah yang telah dilakukan sejak kali terakhir apabila perintah timbang tara diperolehi? Apakah yang telah dilakukan untuk mengtenepikan perintah timbang tara itu?"

"Nampaknya, tidak ada apa-apa! Ini menunjukkan kecuaian pihak peguam negara dan pasukan peguam Petronas," tegas Chan menurut laporan itu.

Financial Times yang berpangkalan di London semalam membuat laporan mengejutkan berhubung tindakan pewaris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg melalui proses undang-undang.

Proses timbang tara dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Pewaris kesultanan Sulu menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia  berikutan proses timbang tara itu.

Chan dakwa Idrus dan Peguam Petronas cuai
Malaysia menurut laporan media tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Kedua-dua aset yang dirampas itu membabitkan aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bernilai lebih RM8.87 bilion.

Post a Comment

0 Comments