Tersangka babi, anak tertembak bapa sendiri


SEORANG lelaki tertembak mati bapanya ketika ekspedisi memburu di selatan Itali.

Memetik laporan media antarabangsa, AFP, lelaki itu tersilap menyangka mangsa adalah babi hutan.

Martino Guadioso, 55, ditembak di perut oleh anak lelakinya berusia 34 tahun ketika mereka mengintip haiwan liar dikawasan hutan tebal di Sicignano degli Alburni, berhampiran Salerno, di kawasan taman negara yang dihadkan hanya kepada pemburu.

Insiden tertembak bukan perkara baharu berlaku dikawasan itu, dua bulan lalu, pemburu berusia 67 tahun ditemui mati dalam hutan selepas tertembak kepala sendiri.

Oktober lalu,  Menteri Alam Sekitar Itali menggesa larangan memburu seluruh negara dikuatkuasakan susulan satu lagi kes remaja 18 tahun mati tertembak selepas mangsa disalah sangka sebagai babi hutan.

Aktivis haiwan, Michela Vittoria Brambilla, semalam menyelar tindakan mengubah hutan dan pedalaman Itali menjadi ‘wilayah tanpa undang-undang’, dan menggesa supaya pembunuhan tanpa niat dilakukan pemburu dihukum lebih berat