Riza Aziz gagal mohon pindah kes


PERMOHONAN
anak tiri Najib Razak untuk memindahkan kes pengubahan wang AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkait dana 1MDB ke mahkamah Tinggi ditolak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang bakal mendengar kes Riza Aziz kompeten dan memiliki pengalaman yang mencukupi untuk menangani persoalan undang-undang di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah dan akta lain.

“Tujuan keadilan tidak akan tercapai sekiranya pemindahan kes tidak menyokong keberkesanan kehakiman dan mengakibatkan kelewatan dalam memulakan perbicaraan ini,” katanya Mohd Nazlan.

Riza bersama Jho Low dan pelakon file terbitannya
Sementara itu, Pendakwa raya ketika membantah permohonan Riza berkata, kes yang bakal dibicarakan adalah kes mudah dan hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kelayakan untuk mendengar perbicaraannya.

“Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dan merupakan seorang hakim kanan. Selain itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh menerima wang menerusi cara tidak sah,” katanya.

Riza, berdepan lima pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Beliau didakwa menerima wang daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd, iaitu syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

Kesalahan itu dkdakwa dilakukan antara April 2011 dan Nov 2012 di City National Bank di Los Angeles, California dan BSI Bank di Temasek Boulevard, Singapura.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram, Riza boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Post a Comment

0 Comments