ATLET seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dirakam sedang mengimamkan solat.
Dalam entri di akaun Facebook seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim berkongsikan foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu dengan diiringi kapsyen menyentuh hati warganet.
Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.
Gambar Khabib mengimamkan solat yang dikongsi |
"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya'Allah," tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.
Khabib, 30, pada Ahad lalu berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC dalam satu pertarungan di Abu Dhabi pada Ahad.
Dia mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia.
0 Comments