Pemuda Umno kering idea cari silap Mat Sabu


KENYATAAN Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang cuba membuat persepsi kononnya pemimpin DAP lebih menonjol dalam Kementerian Pertahanan dianggap lucu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan Mohd Azhar Mat Dali berkata, kenyataan  itu membuktikan pemimpin Umno seperti Asyraf sudah kering idea mencari salah Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga sanggup cuba membawa naratif negatif terhadap pemimpin kerajaan.

“Saya tersenyum melihat gelagat pemimpin parti lawan yang cuba membawa persepsi kononya Liew Chin Tong lebih menonjol dalam mengangkat dan berwacana tentang polisi pertahanan berbanding

Abg Mat.

Asyraf mempersoalkan siapa Menteri Pertahanan?
"Mungkin pihak-pihak ini sudah kekeringan idea untuk mencari silap Abg Mat.

"Mungkin juga terlalu naif dalam memahami pembaharuan diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana terkongkong dengan cara regim Umno,” ujarnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Asyraf baru-baru ini mempersoalkan siapa sebenarnya menteri pertahanan.

Ia susulan temubual oleh News Straits Times dengan Chin Tong yang dilihat lebih menyerlah dalam wawancara mengenai dasar dan politisi pertahanan negara.

Sementara itu tambah Azhar, kerajaan HARAPAN mengamalkan keterbukaan dalam memberi pandangan dan idea, apatah lagi oleh golongan muda seperti timbalan menteri itu.
“Chin Tong contohnya, seorang anak muda yang kritis dan sarat dengan pandangan-pandangan membina ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang ideal.

“Saya antara paling gembira apabila beliau dipilih oleh YAB Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan bagi membantu Abg Mat kerana saya tahu kemampuannya," jelasnya.

Tambah Azhar lagi, sejak seawal hari pertama menjalankan tugas Timbalan Menteri Pertahanan, Chin Tong dan Mohammad Sabu telah menjadi satu pasukan yang mantap.

Kedua-dua mereka saling bekerjasama
"Abg Mat membuka ruang seluas-luasnya kepada Chin Tong dan sesiapa sahaja untuk menggarap dan melontar idea selagi mana ia dalam ruang lingkup Kementerian.

“Perbincangan antara kedua-duanya sering kali berlaku malah melibatkan juga kepimpinan tertinggi Kementerian bagi memastikan sesuatu isu dapat difahami dan diputuskan secara bersama.

"Tidak timbul soal siapa yang lebih menonjol kerana semua perkara yang dibangkitkan adalah dalam pengetahuan bersama. Saya yakin, perkara sebegini tidak pernah berlaku pada masa pemerintahan lalu kerana semuanya tunduk dan akur kepada kleptokrat negara,” sindirnya.

Post a Comment

0 Comments