Daging ayam tingkat risiko kanser - Oxford


UNIVERSITI
Oxford baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pengambilan ayam boleh meningkatkan risiko menghidap kanser.

Portal Daily Mail dalam laporannya berkata, penyelidik oleh Universiti terkemuka itu mendapati kes kanser darah yang jarang berlaku, limfoma bukan Hodgkin dan kanser prostat di kalangan lelaki meningkat susulan pengambilan sumber protein itu.

Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal of Epidemiology & Community Health disimpulkan setelah 23,000 daripada 475,000 responden warga Britain yang terlibat dengan kajian itu dikesan menghidap kanser.

Kajian itu meliputi responden lingkungan pertengahan umur termasuk pola pemakanan mereka.

Walaubagaimanapun, kajian dilakukan hanya menunjukkan hubung kait antara pengambilan ayam dan jenis kanser tertentu dan bukannya menyiasat punca berlakunya penyakit tersebut.

Sehingga kini, ayam dianggap sebagai sumber makanan alternatif yang sihat berbanding da­ging merah. 

Post a Comment

0 Comments