Tindakan spontan Agong curi perhatian rakyat lagi


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membuktikan kepada rakyat bahawa baginda seorang pemerintah yang dekat dengan rakyatnya.

Banyak perkongsian dilaman sosial mengenai keperihatinan Seri Paduka telah dikongsikan di laman sosial. Tuanku pernah beberapa kali keluar dari kenderaan rasminya bagi membantu mangsa kemalangan.

Tindakan spontan Tuanku ketika istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 di Istana Negara semalam sekali lagi mencuri hati rakyat.

Tuanku menyampaikan kurnia kepada Abd Latif | Foto -FMT
Al-Sultan Abdullah secara tiba-tiba menuruni anak tangga singgahsana bagi mengurniakan darjah kebesaran kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Abd Latif Mahmud.

“Sebenarnya saya terperanjat. Tuanku beri signal (kepada saya) jangan naik (anak tangga singgahsana) dan berkata, “Tidak apa saya turun”, kata Abd Latif dipetik laporan media.

Sebenarnya, tindakan spontan Tuanku itu dibuat setelah melihat Abd Latif menggunakan tongkat dan sukar berjalan.

“Saya rasa terharu. Mungkin Yang di-Pertuan Agong rasa saya susah untuk naik (anak tangga singgahsana) sebab berjalan pakai tongkat," tambah Abd Latif yang menyifatkan tindakan Tuanku itu sebagai satu penghargaan daripada seorang raja yang berhati mulia kepada rakyatnya.

Menurut Abd Latif lagi, Sultan Abdullah juga sempat bertanya keadaan dirinya, “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke?.

Menjawab pertanyaan Tuanku, Abd Latif memberitahu beliau boleh berjalan, tetapi tidak boleh berdiri lama kerana kemalangan sewaktu bekerja kira-kira 10 tahun lalu.

Sebagai rekod, Abd Latif yang akan bersara pada tahun depan dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk”. Sejak 2008 hingga kini, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah di FRIM.
 

Post a Comment

0 Comments