Tak sangka mimpi lemas kawan jadi kenyataan


SEORANG
remaja berusia 15 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kawasan Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang semalam.

Lebih menyayat hati, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Razlan Sabarudin pernah bercerita kepada rakannya dia pernah be rmimpi mati lemas.

"Arwah beritahu yang dia mimpi mati lemas, saya tidak sangka rupanya ia betul-betul menjadi kenyataan." kata Mohamad Azim Mohd Zamri.

Mohamad Azim yang dipetik laporan Astro berkata,  arwah pada pagi itu bermimpi perkara itu, bagaimanapun dia berkata ia hanya mainan tidur.

Mangsa mimpi mati lemas pagi kejadian
Mereka berdua bersama seorang lagi rakan tiba di kawasan perkelahan itu untuk memancing pada kira-kira jam 8.45 pagi.

Sebaik tiba dikawasan itu mereka berpecah, Mohamad Azim sempat berpesan kepada kedua-dua rakannya agar tidak mandi disitu kerana kawasan itu dalam.

Namun sebaik sampai semula di tempat kejadian, dia ternampak Zafran dan Mohd Razlan tenggelam timbul namun hanya sempat menyelamatkan Zafran dengan menarik tangannya ke tebing.

Mohamad Azim berkata, dia tidak berani hendak terjun untuk selamatkan Mohd Razlan kerana ketika itu mangsa sudah ke tengah dan berada di tempat yang dalam.

header ads
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.04 pagi dan tiba di lokasi 10.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lemas di dalam air terjun itu.

“Mangsa kemudian telah dibawa naik ke kawasan daratan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Post a Comment

0 Comments