Kereta uzur: Fahmi Fadzil mohon maaf


AHLI
Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik status mengenai sebuah kereta uzur di jalan raya sebelum ini.

Permohonan itu dibuat Fahmi setelah menyedari muat naik status itu di laman mikro Twitter itu mendapat reaksi kurang senang di kalangan warganet.

Mengakui kesilapannya, Fahmi berkata, beliau seharusnya perlu lebih bertanggungjawab dan sensitif mengenai apa yang mahu dikongsikan.

Permohonan maaf Fahmi di laman Twitter
"Setelah meneliti maklum balas dan komen-komen netizen dan setelah muhasabah dan berfikir panjang, saya akui Tweet tersebut tidak patut ditulis dan saya ingin memohon maaf.

"Seharusnya saya lebih sensitif, “ tulisnya menerusi Twitter berkenaan.

Terdahulu, Fahmi memuat naik gambar memaparkan sebuah Proton Wira dalam keadaan kemek pada bahagian belakang kereta itu .

Muatnaik gambar itu turut disertakan tulisan ‘A - kereta ni macam kereta perang. B - cukup sifat ni dan C - Ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni.’

Bagaimanapun, warganet menganggap gurauan itu tidak sesuai disiarkan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.Pengguna Twitter mencadangkan supaya Fahmi bertemu pemilik kereta berkenaan membuat permohonan maaf dan membantu apa yang perlu.

Post a Comment

0 Comments