PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak sabar untuk beraksi dalam perlumbaan 8 Jam Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) FIM di Litar Sepang hujung tahun ini.
Beliau yang bakal bernaung dibawah pasukan Sepang Racing Team (SRT) bagi kejohanan itu akan bakal bergandingan bersama dua lagi pelumba hebat.
Ketiga-tiga mereka bakal berkongsi jentera yang sama iaitu Yamaha YZF-R1 dan mendapat kerjasama bekas pasukan juara dunia EWC, Yamaha-Austria Racing Team (YART). Perlumbaan kali ini adalah kejuaraan yang julung kali diadakan di negara ini.
Franco Morbidelli |
"Ia bukan kali pertama saya beraksi dalam perlumbaan endurance kerana pernah menyertai perlumbaan 8 Jam Suzuka sebelum ini.
“Begitupun, suasana pasti berbeza apabila beraksi di depan penyokong sendiri. Ia peluang terbaik saya menguji ketahanan fizikal kerana perlumbaan itu berlangsung agak lama dengan cuaca panas,” kata Hafizh dipetik.
Difahamkan perlumbaan itu dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Disember ini.
Sebagai rekod, dua pelumba lain yang bakal menjadi rakan sepasukan Hafizh ialah Franco Morbidelli dan Michael van der.
Morbidelli merupakan pelumba MotoGP yang kini menunggang bagi pasukan Petronas Yamaha SRT, manakala Micheal Van der ialah pelumba bagi Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) yang menunggang bagi pasukan Yamaha.
“Saya pernah berlatih dengan YZF-R1 sebelum ini, jadi sudah ada idea mengenai apa yang boleh dijangka, namun saya pasti jentera endurance akan berbeza,” kata Morbidelli.
Michael van der |
Sementara itu, kehadiran Michael van der Mark menambah lagi potensi pasukan ini menempatkan kedudukan terbaik kerana pelumba Belanda itu bukan sahaja pernah memenangi Kejuaraan Superbike Dunia tetapi juga sebagai salah seorang pelumba paling berjaya dalam sejarah perlumbaan 8 Jam Suzuka.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan dengan pengalaman yang dimiliki. Kami bukan sahaja memiliki pasukan yang kuat tetapi juga perlu bijak dan konsisten,” katanya.
0 Comments