SEORANG penunggang motosikal terkorban akibat dirempuh sebuah van dipandu seorang lelaki warga Pakistan.
Dalam kejadian di Kilometer 401 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat berhampiran Tanjung Malim itu, mangsa Muhammad Azree Firdaus Azman, 25, meninggal di Hospital Slim River ketika dirawat.
Muhammad Azree sebelumnya dilapor berhenti di lorong kecemasan lebuh raya itu berikutan motosikalnya mengalami kerosakan kira-kira jam 1 petang.
Mangsa meninggal ketika dirawat | Foto - BHonline |
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi,” katan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Abd Rahman dipetik laporan Berita Harian.
Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa remuk, manakala pemandu van pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Comments