MUNGKINKAH Proton bakal melancarkan model terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka?
Baru-baru ini, beberapa portal pemotoran Malaysia mendedahkan khabar angin mengenai kemunculan Proton X50.
Model baharu itu dilapor akan menggunakan platform modular BMA dibangunkan Volvo yang turut digunakan SUV Geely Binyue.
X50 sedang diuji pandu |
Khabar angin mengenai model baru ini dikuatkan lagi dengan sekeping gambar yang dikongsikan beberapa portal.
Dalam gambar tersebut, sebuah kenderaan X50 yang disamarkan dilihat sedang diuji atas jalan raya Malaysia termasuk yang terbahru di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Kenderaan ujian versi pemanduan sebelah kanan itu sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa model ini bakal dilancarkan di Malaysia.
X50 berasaskan Geely Binyue |
Dengan semua maklumat-maklumat itu, nampaknya Proton X50 hanya menunggu masa untuk dilancarkan secara rasmi di negara ini.
Cuma Peliknya buat masa ini, tiada maklumat lanjut dibuat Proton berkenaan spesifikasi kenderaan itu.
Namun jika berdasarkan spesifikasi SUV Geely Binyue, Proton X50 ini yang menggunakan platform serupa akan berukuran 4,330 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,609 mm tinggi. Jarak roda pula adalah sepanjang 2,600mm.
Ruang dalam moden dan selesa |
Kedua-dua versi enjin dilaporkan adalah enjin tiga silinder suntikan terus bahanapi dengan dibantu sistem turbo yang masing masing menawarkan 132hp dan 205Nm serta 174hp dan 255Nm tork.
BACA: Proton lancar edisi istimewa X70
Khabar angin juga berkata, SUV baharu ini bakaldijangka akan dilancarkan pada Ogos 2020, manakala pengguna pula berpeluang mula menempah seawal Disember ini atau awal tahun hadapan.
Menariknya, model baharu itu nanti dijangka akan ditawarkan pada tanda harga sekitar RM75,000, dan jika semua maklumat mengenai kemunculan model baharu ini benar, sudah tentu ia bakal laku seperti 'goreng pisang panas'
0 Comments