KESEMUA pendaki Gunung Liang, Tanjung Malim yang terkandas dikawasan pergunungan itu baru-baru ini telah berjaya diselamatkan.
Mereka yang terdiri daripada 37 pendaki berasal dari sekitar Selangor, Perak dan Negeri Sembilan tidak dapat menyeberangi sungai kerana arus deras susulan hujan lebat.
Kesemua pendaki difahamkan ditemui dalam keadaan baik, Namun dua antara mereka mengalami kecederaan ringan ketika menuruni laluan yang licin.
Penyelamat menggunakan tali untuk membawa keluar pendaki |
"Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian, mangsa didapati terperangkap di seberang sungai, disebabkan arus air deras. Mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke kaki bukit," kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Operasi menyelamat itu membabitkan 44 anggota terdiri dari pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan Jabatan Perhutanan Perak.
Pasukan penyelamat dilapor menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk membawa mereka menyeberang sungai tersebut.
Wan Kamarul Azran sementara itu menasihatkan pendaki supaya peka dengan fenomena alam dan keadaan cuaca sebelum melakukan pendakian di kawasan gunung bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sebagai rekod, Gunung Liang sering menjadi tumpuan pendaki yang mahu menawan puncak gunung setinggi 1.933 meter itu terutama ketika cuti umum dan hujung minggu
0 Comments