Penyanyi popular 90-an kantoi miliki syabu


BEKAS vokalis kumpulan popular tahun 90-an ditahan kerana memiliki sejumlah dadah, malam tadi.

Media melaporkan, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama seorang lagi rakan lelakinya di Taman Perling, Johor Baharu.

Kedua-dua mereka yang sedang menaiki sebuah motosikal sebelumnya ditahan sebuah kereta peronda polis untuk pemeriksaan. 

"Polis yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah memeriksa suspek di luar sebuah lot rumah kedai.

"Suspek didapati mempunyai 0.42g bahan kristal putih dipercayai syabu yang tersembunyi dalam paket plastik yang jelas di dalam dompetnya," kata sumber itu.

Artis tersebut dilapor baru selesai adakan konsert
Susulan itu, kedua-dua mereka dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) ibu pejabat polis daerah Johor Baharu untuk disiasat.

Sumber juga memberitahu, hasil ujian air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka bukan dalam senarai dikehendaki polis, tetapi seorang suspek mempunyai kes-kes sebelumnya yang berkaitan dengan kesalahan dadah," kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Post a Comment

0 Comments