Awas pemfitnah, KDN buat laporan terhadap anda


ENTAH mengapa sejak kebelakangan ini pelbagai bentuk fitnah telah disebarkan pihak tertentu bagi memburukkan imej Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Gerakan licik ini seolah-olah sengaja dilakukan bagi menghangatkan isu perkauman. Ia dipercayai dibuat bagi mendapat manfaat politik.

Terbahru, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pemilik akaun media sosial yang membuat dakwaan kononnya agensi itu sewenang-wenangnya mengeluarkan MyKad kepada warga asing.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, laporan dibuat pada pukul 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Pihaknya mengesa siasatan menyeluruh dibuat berikutan maklumat palsu itu.

JPN gesa hentikan fitnah gugat keharmonian
“Isu lima individu warga China memiliki MyKad sudah tular sejak 2015 lagi yang mana mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan di Sabah dan kes tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun masih dimainkan oleh pemilik media sosial, terutama di Facebook dan Twitter.

“Selain itu, berhubung dakwaan seorang wanita warga China memiliki MyKad, ingin saya jelaskan wanita itu merupakan isteri kepada warga Malaysia dan sudah berkahwin hampir 20 tahun dan telah memohon kewarganegaraan berdasarkan Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar.

Menjadi kecenderungan pihak tertentu kebelakangan ini menyebarkan semula isu-isu lama sejak beberapa tahun lalu bagi menimbulkan rasa keliru dan tidak tenteram dikalangan rakyat.

JPN sebelum ini telah tampil menjelaskan isu diviralkan, namun fitnah itu yang mensasarkan seorang pemimpin DAP gagal dikawal dan ia terus disebarkan.

Fitnah mensasarkan pemimpin DAP disebarkan di media sosial
Sementara itu tambah Ruslin, JPN tidak sewenangnya memberi kewarganeggaraan kepada mana-mana individu asing kerana ia tertakluk kepada peraturan jabatan yang ditetapkan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendaftaran Negara 1959.

Susulan laporan itu tegasnya, JPN  akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk pemantauan pemilik akaun yang telah melahirkan kebimbangan kepada rakyat itu.

Post a Comment

0 Comments