Geng lajak Saujana Impian kene cekup


TIGA belas kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 15 tahun ditahan polis dalam perasi Basikal Lajak di Saujana Impian pada Ahad.

Ketika ditahan mereka sedang menunggang basikal tersebut menuruni Jalan Impian Makmur sehingga ke sebuah sekolah di Saujana Impian sambil melakukan aksi-aksi merbahaya

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pemeriksaan mendapati kebanyakan basikal ditunggang mereka tidak mempunyai spesifikasi sebuah basikal yang selamat untuk ditunggang dan telah diubahsuai.

“Semua penunggang bersama basikal masing-masing kemudian ditahan dan dibawa ke Cawangan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut namun kini telah dibebaskan.
'Jentera lumba' geng basikal lajak yang dirampas
“Kesemua basikal dirampas untuk tindakan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala penunggang basikal pula disaman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959,” katanya dalam kenyataan.

Operasi 'lumba haram' itu dijalankan  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang pada kira-kira 6 petang.

“Ini adalah operasi pertama kali dilakukan pada tahun ini. Dalam operasi ini, tiada kemalangan dan kecederaan yang berlaku kepada penunggang basikal,” tambahnya.

Susulan penahanan itu, pihak polis telah memanggil ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk diberi "ceramah' mengenai bahaya basikal lajak serta kesan sekiranya berlaku kemalangan.

Kesemua ibu bapa terbabit juga bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang dirampas.Terdahulu pada Febuari 2017, sekumpulan remaja berusia 13 hingga 19 tahun dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah dekat Johor.

Kejadian itu meragut lapan nyawa dan menyebabkan kecederaan serius kepada lapan yang lain, polis mendapati basikal mangsa diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.

Post a Comment

0 Comments