Tadej Pogacar juara TDF 2020, sambar empat jersi serentak

 
PELUMBA
pasukan UAE Emirates, Tadej Pogacar membuat kejutan pada siri saingan lumba basikal terkemuka Tour de France.

Pogacar, pelumba muka baharu dari Slovenia itu memenangi perlumbaan tersebut pada usia 21 tahun sekaligus   muncul pelumba termuda menjadi juara di saingan berprestij itu sejak 1904.

Lebih menarik, edisi perlumbaan kali ini akan diingati sebagai antara yang paling sengit.

Pogacar berjaya merampas jersi kuning sebagai juara keseluruhan daripada Roglic pada dua peringkat terakhir selepas Roglic gagal menyerlah dalam cabaran pendakian.

Tidak setakat itu, Pogacar turut memenangi tiga lagi jersi yang dipertandingkan iaitu jersi raja bukit, jersi putih untuk pelumba muda terbaik.

Rampas empat jersi sekaligus
"Saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata ketika ini. Saya melalui tempoh tiga minggu yang amat menakjubkan dengan penyokong sentiasa memberikan sokongan sepanjang perlumbaan," kata Pogacar.

Primoz Roglic (Team Jumbo Visma) yang mendominasi jersi kuning hampir keseluruhan peringkat perlumbaan hanya mampu menamatkan saingan di tempat kedua manakala pelumba Australia, Richie Porte (Trek-Segafredo) ketiga.
 
Pelumba Ireland, Sam Bennett (Deceuninck–Quick-Step) mengungguli peringkat perlumbaan ke-21 yang juga terakhir serta turut memenangi jersi hijau selaku raja pecut.

"Ia saingan yang sangat sukar tetapi akhirnya berbaloi. Saya masih tidak mempercayainya," katanya yang mengetepikan pemenang tujuh kali, Peter Sagan untuk mengungguli jersi hijau," katanya.

 

Post a Comment

0 Comments